Aku Dah Habis Tengok Naruto!
(Mungkin sebelum ni korang dah baca yang aku dah tak lagi tengok anime. Dah tu kenapa kau tengok Naruto? Tak apa kejap lagi aku jelaskan)
Aku mula tengok Naruto pada waktu cuti sekolah hujung tahun 2005. Pada masa itu kakak aku bawa balik beberapa keping CD yang ada anime Naruto dalam tu, jadi waktu cuti sekolah pun tak buat apa-apa sangat, jadi tengok animelah. Aku tengok sampa ke episod ~80 macam tu, iaitu setakat yang ada dalam CD kakak aku.
Jadi kiranya Naruto ni ada nilai sentimental-lah untuk aku. Ia adalah sebahagian daripada kartun yang aku tengok waktu aku kecil. Watak-watak sampingan dalam anime tu pun aku dah kenal, nama mereka sampai aku dah besar pun aku masih ingat lagi.
Kemudian, aku tak sambung tengok sehinggalah 2018 (lama betul! 13 tahun kemudian!) di mana aku tengok semula daripada awal dan habiskan sehingga episod canon yang terakhir iaitu episod 135. Pada masa itu aku ingat macam dah boleh sambung ke sekuelnya, Naruto Shippuden, tapi aku rasa macam nak juga tengok filler Naruto (episod 136-220).
Sebenarnya episod filler ni boleh dilangkau sebab ia tak menyumbang sangat ke dalam jalan cerita utama, tapi aku tetap rasa macam nak tengok pengembaraan Naruto dan kawan-kawan. Secara asasnya, dalam filler ni geng Naruto diberi pelbagai tugasan jadi macam seronok tengok diorang lengkapkan tugasan-tugasan ni.
Tapi aku tak sambung tengok lepas aku habis episod 135 sebab aku tak berhasrat nak tengok secara cetak rompak. Jadi aku pun tangguhkan tontonan aku sehinggalah pada sekitar awal tahun 2020 di mana aku dah ada akses ke Netflix.
Sebelum ni aku kata aku dah tak nak tengok anime secara umum sebab aku tak nak lagi menontonnya melalui saluran cetak rompak. Memandangkan aku dah ada Netflix dan dalam Netflix ada Naruto, jadi bolehlah aku tonton secara betul.
Jadi pada Jun 2020, akhirnya aku dah pun khatam siri anime Naruto. Lama betul perjalanan aku tengok Naruto ni ya. Dan aku tak rasa aku bazir masa tengok episod filler Naruto; disebabkan aku dah pun kenal watak-wataknya sejak aku kecil, aku rasa seronok bila tengok diorang lengkapkan tugasan yang diberikan.
Kini, aku dah pun mula tengok Naruto Shippuden. Memandangkan ia tidak ada dalam Netflix, aku terpaksa menontonnya dalam Crunchyroll. Nasib baik Crunchyroll boleh ditonton secara percuma, kekangan yang aku perlu hadapi hanyalah yang aku boleh menonton sekadar resolusi 480p dan ada tiga iklan pendek dalam setiap episod. OK-lah, sekurang-kurangnya aku tak perlu bayar.
Agakanya adakah aku memerlukan 13 tahun lagi untuk habiskan Naruto Shippuden? Kita tengok macam mana nanti.
Dattebayo!

Comments
Post a Comment