Board Aku Patah Hari Ni, Terima Kasih!!




Pagi tadi skateboard aku patah semasa aku berlatih handstand flip. Tak terkejut sangat pun bila dia patah, sebab board tu dah lama dan ada retak kat tepi.



Sebenarnya, aku rasa puas bila aku patahkan board aku masa aku skate. Aku rasa macam board tu dah laksanakan tanggungjawab dia kepada aku selepas sekian lama. Bahagian nose dan tail board tu pun dah pendek sangat.

Aku puas sebab aku guna board aku sepenuhnya sejak hari pertama aku guna hinggalah hari ni. Tricks pun banyak aku belajar atas board ni.

Jadi, sebagai tribute untuk board ni, izinkan aku untuk menulis tentangnya.

Tak silap aku, aku beli board ni pada bulan Oktober 2018. Masa tu sebulan sebelum pertandingan freestyle skateboarding di Tokyo, so aku ingat nak guna deck yang baru lah. Aku beli awal sebulan sebab nak beri masa untuk aku sesuaikan dengan board ni (skaters kata ‘breaking in’)

Aku guna jenama Girl sebab aku yakin dengan concave-nya. Padanlah dengan aku punya tricks. Pertandingan di Jepun pada tahun sebelumnya pun aku guna Girl juga.

Aku beli board tu di Zone 5, di ruangan board yang diberi diskaun. Macam biasa, board aku lebarnya 7.8 inci, tapi panjangnya tak pasti.

Griptape-nya aku tak ingat jenama apa, tapi besar kemungkinan Jessup.

Maka board inilah yang aku guna untuk bertanding di Tokyo. Aku punya run adalah lebih baik daripada 2017, tak tak cukup untuk menang tiga teratas. Perlu berusaha lagi untuk tahun ini (2019) punya.

Sambil aku taip ni teringat-ingat pula bagaimana aku bawa board ni ke sana-sini. Banyak pula memori hahaha.

Perkara yang aku paling ingat tentang board ni ialah aku belajar handstand flip guna board ni. Handstand flip ialah trick yang aku nak belajar sejak aku mula skateboarding pada 2009. Terharu jugalah.

Tetapi masih belum konsisten, jadi aku kena berusaha lebih lagi. Aku nak handstand flip aku konsisten macam petik jari.

Untuk ganti board ni aku dah pun beli board dari kawan aku, jenamanya Doblast. Kawan aku buat board company baru jadi aku nak support lah.

7.75, mellow concave. Sangat puas hati sebab tak lama sangat nak break-in, dan concave-nya serupa dengan board aku sebelum ni.

Besar kemungkinan aku akan guna board Doblast ni kalau aku akan ke Jepun lagi. Kalau jadilah. Dah hujung bulan sepuluh ni tapi masih belum ada apa-apa pengumuman.

Jadi aku pun tak pasti kalau aku akan ke Jepun tahun ni.

Apa-apa pun, board Girl tu banyak berjasa kepada aku. Terima kasih!!

Comments

Popular posts from this blog

A Possible Fix For EA Origin Message “We’re sorry, but we’re having some technical difficulties. Please try again later.”

Listening to First-hand Account of a COVID-19 Survivor is Surreal

Shadow Warrior 2 is a fantastic mix of FPS & RPG