"Orang Kaum [Isi Tempat Kosong] Ni Memang Kuat Menipu!"


Aku pernah diberitahu, “jangan percaya orang kaum (sekian sekian), diorang tu kuat menipu! Diorang cuma nak jaga kepentingan kaum mereka saja!”


Dan siapa kaum sekian sekian yang mereka maksudkan tu? Banyaklah. Cina, India, Kristian, Yahudi, Israel, orang putih, Syiah, orang Amerika, dan macam-macam lagi.

Lebih-lebih lagi Syiah, yang itu aku siap belajar dalam kelas Pendidikan Islam. Aku ingat lagi, orang Syiah ada konsep ‘Taqiyya’ – membenarkan penipuan demi menegakkan kepentingan mereka.

Masa aku diajar tu, aku pun, hmm hmm angguk sajalah. Masa tu masih remaja di sekolah kan, terima sahaja apa yang diajar oleh guru.

Lepas tu kalau tengok di media sosial atau ruangan komen berita pula, ramai yang cakap orang bukan Melayu ni kuat menipu. Kononnya sebab nak tegakkan agenda mereka sendiri. Kalau tengok di ruangan komen di sebelah sana pulak, ramai kata orang Melayu ni pun kuat menipu dan tak tepati janji.

Lama juga aku percaya kaum [lain] ni kuat menipu. Sampailah satu hari ni, aku telah dicadangkan oleh YouTube untuk tengok video ni: Why the Far Right Believes Every Muslim—Including Me—Is a Liar.



Dalam video tu, orang Amerika yang berhaluan kanan tegar (far-right) kata orang Islam ni ada agenda tersendiri. Mereka kata “orang Islam akan menguasai Amerika, dan kita sebagai rakyat sejati Amerika perlu mempertahankan negara kita daripada anasir-anasir Arab ni!”

"Kalau orang Islam kata mereka 'bukan dalam proses menakluk Amerika', jangan percaya! Itu semua Taqiyya! Mereka ni kuat menipu!"

(Padahal mereka sendiri ialah ‘anasir’ yang telah merampas tanah itu daripada Orang Asli Amerika itu sendiri)

Aku pun pelik. Takkanlah orang Islam, yang merangkumi hanya 1.1% daripada populasi Amerika, boleh menguasai negara terkuat tu? Kalau tengok dalam jawatan kerajaan pun, berapa kerat sahaja yang Muslim.

Kalau nak kata Ilhan Omar dan Rashida Tlaib, itu baru dua orang, apalah sangat. Gila apa orang Islam di Amerika boleh ambil alih pucuk kepimpinan Amerika? 

Kalau betul kumpulan far-right nak main sentimen perkauman mengatakan ada bangsa tertentu yang nak ambil alih Amerika, ada banyak lagi kaum lain yang lebih menonjol daripada orang Islam, seperti orang China, Yahudi, Jepun, Rusia dan lain-lain.

Tapi orang Islam juga yang kena. Aku sebagai orang Islam pun tahu: kami memang tak ada agenda nak tawan mana-mana negara. Tawan-menawan ni idea yang dah lapuk dan ketinggalan zaman.


Konteks sama juga boleh dipakai untuk Malaysia. Kalau ada perkara yang kita tak setuju tu datang daripada orang yang berlainan kaum, terus ada yang akan mengandaikan “alah, kaum tu memang selalu menipu.”

Sebagai contoh: Orang (1) daripada kaum [A] kata, ada seorang peniaga bernama Orang (2) yang datang daripada kaum [B] itu menipu dalam urusniaganya. Menurut  Orang (1), Orang (2) akan menjual dengan harga yang mahal pada pelanggan yang datang daripada kaum [A], dan dengan harga yang murah pada pelanggan yang datang daripada kaum [B].

Orang (2) ni dapat tau pasal fitnah yang dibuat oleh Orang (1) ni. Orang (2) pun terus kata "Mana ada! Kalau ada, mana bukti?"

Orang (1) ni tak setuju dengan penjelasan Orang (2), tapi dia ni pun takde bukti. Bila dia dah tak ada bukti, mula lah dia buat cerita, dia bagitau orang-orang lain dalam kaum [A] "alah, Orang (2) ni, dia ni kan dari kaum [B]. Orang kaum [B] ni kan memang kuat menipu."

Sesetengah orang dalam kaum [A] ni pun percaya, dan mereka pergi sebarkan idea yang kaum [B] ni kuat menipu.


---

Sebab tu aku dah malas nak layan orang-orang yang memomokkan 'agenda Kristianisasi' , 'agenda Islamisasi', 'agenda Arabisasi' atau 'agenda Cina'. Tak masuk akal, cuma nak timbulkan kerisauan dan insecurity, sama macam taktik yang digunakan kumpulan far-right di Amerika.

Kembali ke video tadi, kumpulan far-right kata “orang Islam di Amerika mengamalkan Taqiyya, kita tak boleh percaya mereka langsung.” 

Antara babak yang aku rasa kelakar ialah bila Lauren Southern tanya soalan dekat seorang Muslim ni, lepas tu bila dia nak cuba jawap, Lauren mencelah, “I don’t want your Taqiyya.” Dia yang tanya, dia yang jawap. Dia ada skema jawapan ke? 

Bila apa yang mereka dengar tak sehaluan dengan fahaman mereka, mereka terus andai “oh, ini Taqiyya”, “oh, diorang ni memang kuat menipu.”

Aku yang Muslim ni sendiri tak suka menipu. Bukanlah aku nak kata yang aku ni tak pernah menipu, tapi aku memang tak nak menipu selagi boleh.

Aku sendiri tak pernah belajar amalan Taqiyya dalam Pendidikan Islam, melainkan dalam konteks Syiah. Kononnya Syiah je yang boleh menipu dan akan menipu. 

Padahal orang yang menipu ni datang daripada pelbagai lapisan masyarakat, tak kira warna kulit atau pegangan agama. 

Orang Melayu ada yang menipu. Orang India ada yang menipu. Orang Cina ada yang menipu. Orang Dusun ada yang menipu. Orang Iban ada yang menipu. Senang kata, orang [isi tempat kosong], ada yang menipu.

Terakhir sekali, aku cuma nak kata: kalau ada orang atau ahli politik yang kata golongan ni kuat menipu hanya berdasarkan warna kulit mereka, endahkan saja orang itu. 

Fuck them.

Comments

Popular posts from this blog

A Possible Fix For EA Origin Message “We’re sorry, but we’re having some technical difficulties. Please try again later.”

Listening to First-hand Account of a COVID-19 Survivor is Surreal

Shadow Warrior 2 is a fantastic mix of FPS & RPG